Thursday, November 1, 2012

Kata Hubung


Kata Hubung

1. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.

2. Contoh kata hubung dan penggunaannya dalam ayat.

a) sambil

Contoh: Raja menonton televisyen sambil makan burger.

b) tetapi

    Contoh: Walaupun Encik Salleh kaya tetapi dia tidak sombong.

c) kerana

    Contoh: Jalil selalu dimarahi ibunya kerana terlalu nakal di sekolah.

d) atau

    Contoh: Awak hendak makan mi goring atau nasi lemak?

e) dan

    Contoh: Saya dan Amira berkawan baik.

f) agar

   Contoh: Ingatlah semua nasihat ibu bapa agar kita berjaya dalam hidup.

g) supaya

    Contoh: Ibu menyuruh Aiman bersarapan sebelum ke sekolah supaya tidak kelaparan di sekolah.

h) lalu

    Contoh: Ayah membuka laci lalu mengambil sabatang pen.

i) serta

   Contoh: Rahimah dan Ah Meng, serta rakan-rakan sekelasnya melawat ke Petrosains Kuala Lumpur.

Saturday, October 27, 2012

Kata kerja


Kata Kerja

1. Kata kerja digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan
    oleh manusia atau binatang.
2. Contoh kata kerja:
                               

makan
berenang
membaca
   
 
 
 
3.  Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja
    tak transitif.
   
4.  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek
     untuk membentuk ayat   yang lengkap.

     Contoh:   Kakak menyapu sampah.
                              Kata kerja         objek
 
5.  Kata kerja transitif terbahagi kepada:
     a) kata kerja transitif aktif
     b) kata kerja transitif pasif
 
6.  Contoh kata kerja transitif aktif:
      a) kata asal – makan , minum
      b) kata berimbuhan – memasak , menyapu , membantu
      c) imbuhan ‘me’ – melukis , ‘men’-membasuh ,
          ‘men’ – mendengar
 
7.  Kata kerja transitif pasif berasal daripada kata kerja aktif
     tetapi diberi awalan’di’. 
     Contoh:      i.    memelihara – dipelihara


                         ii.   memberi – diberi
                         iii.  mencuci – dicuci
 
8.  Kata kerja transitif terdiri daripada:
     a) kata dasar – bangun , gugur , makan , tidur
     b) kata berimbuhan ber -  berjalan , bermain , beratur
     c) kata berimbuhan men – mendapat , menjerit , menjemur
     d) kata berimbuhan ter – teratur , tersedak , tersepak


Friday, October 26, 2012

Kata Sendi


Kata Sendi

1.  Kata Sendi digunakan sebagai kata depan kepada kata nama.

2. Ia dgunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata
    atau frasa-frasa lain.

3.Contoh kata sendi dan penggunaannya dalam ayat :

a)  daripada     

     - menunjukkan punca bagi manusia, perbandingan, benda
       dan asal kejadian.

     - Contoh:  Salmi menerima sepucuk surat daripada kawannya.

b)  dari              

     - menunjikkan tempat atau masa.

     - Contoh: Ibu menjahit baju dari pagi hingga ke malam.

c)  kepada        

     - menunjukkan tempat, orang atau haiwan yang ditujui.

     - Contoh: Encik Kamarul member hadiah kepada isterinya.

d)  pada            

     - menunjukkan masa, tempat dan manusia.

     - Contoh: Murad dan kawan-kawannya bermain bola pada
       waktu petang.

e)  di                 

     - menunjukkan tempat.

     - Contoh: Suria belajar di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

f)  oleh              

     - digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan ter-.

    - Contoh: Raga ini dibuat oleh Pak Abas.
 
g)  ke                

      - menunjukkan tempat atau arah.

      - Contoh: Ali berbasikal ke sekolah.

h)  untuk          

      - menentukan sesuatu.

      - Contoh: Pak Mat mencangkul tanah untuk menanam pokok
        durian.

i)   dengan        

      - menunjukkan maksud menggunakan sesuatu.

      - Contoh : Ayah memotong kayu dengan gergaji.

 

Kata ganti nama diri


Kata Ganti Nama Diri

1.  Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk
     menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

   a) Kata ganti nama diri pertama

       Contoh :  saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

       Contoh ayat  :  (i)   Saya belajar di Tahun 3 Merah.

                                  (ii)  Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

                                  (iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’
                                         titah Sultan Idris.

  b) Kata ganti nama diri kedua

      Contoh  :  anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

      Contoh ayat  :  (i)   Anda terpilih sebagai pemenang bertuah. 

                                 (ii)  Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

                                 (iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza
                                        kepada Kuma.

  c) Kata ganti nama diri ketiga

      Contoh  :  ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

      Contoh ayat  : (i)   Dia berjalan kaki ke sekolah.

                                (ii)  Beliau seorang guru yang berwawasan.

                               (iii)  Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka
                                       selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

 

Kata Keterangan


KATA KETERANGAN


Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.

Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-

                (a)           Kata keterangan cara/gaya

                (b)           Kata keterangan masa/waktu

                (c)           Kata keterangan darjah

                (d)           Kata keterangan tanya

                (e)           Kata keterangan ragam/tak tentu

                (f)            Kata keterangan nafi

 

Jenis Kata Keterangan
Penerangan
Contoh
Ayat Contoh
Kata
keterangan
cara/gaya
Digunakan untuk
menerangkan cara
begini, begitu,
demikian, diam,
tiba-tiba, betapa
 
1   Tidak sesiapa pun yang tahu
     betapa sedih hati ibu yang malang 
     itu.
2  “Begini caranya menganyam daun  
    ketupat,” kata nenek.
Kata
keterangan
masa
Digunakan untuk
menerangkan masa
kelak, kelmarin,
tadi, belum, masih,
sedang, sebentar,
sekejap, selama-
lamanya, sekarang,
sudah, pernah,
selalu, akan,
kadang-kadang,
sentiasa
1   Radzi belum pernah sampai ke
     Kuala Lumpur.
2   Sewaktu dalam perjalanan pulang
    dari Seremban, kami singgah
    sebentar di pekan Kajang.
Kata keterangan darjah
Digunakan untuk
menerangkan darjah
kata adjektif
agak, amat, nian,
paling, sekali,
sungguh, terlalu,
terlampau
1   Anak kecil itu terlalu nakal.
2   Ayah paling benci berbual dengan  
     orang yang suka bercakap besar.
Kata keterangan tanya
Digunakan untuk
menerangkan masa,
cara, sebab dan
keadaan
siapa, bila, mana,
mangapa, kenapa,
apa, bagaimana,
berapa
1   Ke manakah kamu semalam,
     Anne?
2   “Apakah perkara yang sedang
    kamu bualkan itu, Man?” tanya
    Shahmi.
Kata keterangan ragam/tak tentu
Digunakan untuk
menerangkan
sesuatu yang belum pasti
agaknya,
barangkali, entah-
entah, harus, mesti,
patut, memang,
nescaya, semoga
1   “Agaknya Pak Lah masih marah
     dengan kamu, Janan?” kata Sabri.
2   Tidak patut Mak Tijah
     memperlakukan anak bongsunya 
     itu seperti anak tiri.
Kata keterangan nafi
Digunakan untuk
menafikan sesuatu
Tidak, bukan, tak
1   Zainah tidak mahu mematuhi
     arahan gurunya.
2   Marsinah bukan sombong tetapi
     pendiam.

 

·         Selain kata keterangan di atas, terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya ialah hanya, jua, juga, dan saja.

 

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan seperti yang berikut:-

       1.   Kesalahan meletakkan kata keterangan saja, juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi, 

             frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.

Kata nama am


KATA NAMA AM


 

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

 
Perhatikan penerangan di bawah ini.


 
Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
 
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer baru.
 
 
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.
 
 
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
 
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
 

 

·         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:


1   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

 

·         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 

       permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

       Contoh:


1   Masjid itu baru siap dibina.

2   “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.