Monday, November 26, 2012

Kata Nama Am


Kata Nama  Am

1. Kata nama am digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda

     tumbuh-tumbuhan, dan tempat secara umum.

 

2.  Kata nama am hendaklah ditulis dengan huruf kecil.

3. Contoh kata nama am:

a) Manusia        
       
 
guru
  
 
doktor
 


 
                 petani
     nelayan

  
b) Haiwan

 
                          burung
  
 
                         arnab 
 

 
harimau
 
             ikan


c) Benda

                       baju   
 

                      kasut
 

           telefon  
 
 
 
 
 

              kereta
 

d) Tumbuh-tumbuhan

                         lobak merah   
  
                 durian

                     bunga ros      
  
 
                       epal

 
e) Tempat  
 
                     kolam renang   
 

 
    taman  permainan 
 
 

Wednesday, November 21, 2012

Kata Tanya


Kata Tanya

1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a)  Apa                


      - menanyakan benda atau haiwan

      -Contoh:  Apakah pekerjaan ayah awak?

                        Apakah yang ada di dalam kotak itu?

 

b) Siapa              


      - menanyakan orang atau nama orang

      - Contoh:  Siapakah nama adik kamu?

                         Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?

 

c)  Mangapa     


       - menanyakan sebab

       - Contoh:  Mengapakah kamu menangis?

                          Mengapakah Julia tidak keluar makan?

 

d)  Berapa


        - menanyakah bilangan jumlah atau harga

        - Contoh:  Berapakah harga baju itu?

                           Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?

 
 

e)  Bila                


        - menanyakan masa dan waktu

        - Contoh:  Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

                           Bilakah dia akan sampai?

 

f)  Di mana        


       - menanyakan tempat

       - Contoh:  Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

                          Di manakah kemalangan itu berlaku?

 

g)  Bagaimana  

 

 

          - menanyakan sebab

          - Contoh:  Bagaimanakah keadaan ibu kamu?

                             Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

 

 

4.  Ayat Tanya tanpa kata Tanya

     a) Latihan sukan petang ini dibatalkan, Man?

     b) Ayah kamu masih di luar Negara?

     C) Hadiah pertama cabutan bertuah itu sebuah computer?

 

5.  Ayat Tanya dengan kata Tanya

     a)   i.  Bungkusan yang kamu terima itu apa?

           ii.  Apakah bungkusan yang kamu terima itu?

     b)   i.  Yang meminta kamu dating pada hari Sabtu ini siapa?

           ii.  Siapakah yang meminta kamu dating pada hari Sabtu?

     c)   i.   Rita dihantar guru ke klinik mengapa?

           ii.  Mengapakah Rita dihantar guru ke klinik?

 

6. Jika kata Tanya dikedepankan maka kata tanya itu disertai oleh partikel “-kah

 

Thursday, November 1, 2012

Kata Hubung


Kata Hubung

1. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.

2. Contoh kata hubung dan penggunaannya dalam ayat.

a) sambil

Contoh: Raja menonton televisyen sambil makan burger.

b) tetapi

    Contoh: Walaupun Encik Salleh kaya tetapi dia tidak sombong.

c) kerana

    Contoh: Jalil selalu dimarahi ibunya kerana terlalu nakal di sekolah.

d) atau

    Contoh: Awak hendak makan mi goring atau nasi lemak?

e) dan

    Contoh: Saya dan Amira berkawan baik.

f) agar

   Contoh: Ingatlah semua nasihat ibu bapa agar kita berjaya dalam hidup.

g) supaya

    Contoh: Ibu menyuruh Aiman bersarapan sebelum ke sekolah supaya tidak kelaparan di sekolah.

h) lalu

    Contoh: Ayah membuka laci lalu mengambil sabatang pen.

i) serta

   Contoh: Rahimah dan Ah Meng, serta rakan-rakan sekelasnya melawat ke Petrosains Kuala Lumpur.