Halaman Utama


Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan Malaysia. Semua rakyat Malaysia perlu mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya dengan baik supaya dapat berkomunikasi  dengan masyarakat Malaysia dengan baik. 

Bahasa Melayu juga murupakan bahasa media dalam sistem pendidikan kebangsaan. Setiap  murid perlu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik supaya dapat mengikuti kurikulum kebangsaan dengan berkesan dan menjadi murid yang suka belajar.

Selain daripada itu, Bahasa Melayu mempunyai keindahan bahasa yang tersendiri dan unik. Mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik akan membimbing kita ke satu dunia Bahasa Melayu yang begitu indah dan penuh bermakna.

Saya berasa gembira dan bersyukur bahawa dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dalam Bahasa Melayu dengan anak-anak murid dalam aspek pembelajaran dan penggunaan Bahasa Melayu. Tidak kira anda ialah seorang anak murid, seorang ibu bapa, seorang guru atau siapa-siapa sahaja, anda amat dialu-alukan ke  Dunia Bahasa Melayu. Semoga persinggahan di Dunia Bahasa Melayu dapat membantu anda dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Melayu dan seterusnya menikmati keindahan Bahasa serta keindahan kehidupan. 

6 comments:

  1. background anda sangat menarik.saya suka

    ReplyDelete
  2. Good job. The frog is very cute.

    ReplyDelete
  3. what you said is truth. Bahasa Melayu is so important, but most of the students still cannot master it. thanks for your kindness to put up this blog to help the students to master Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  4. Saya sangat tertarik dengan bahan yang dipaparkan iaitu tentang penggunaan bahasa Melayu. Semoga kita dapat berkongsi bahan yang cikgu sediakan ini.

    ReplyDelete